Jumaat, 28 Ogos 2020

(Kisah Kapal Korek) DARI MALAYSIA KE INDONESIA DAN AKHIRNYA TERBALIK


Assalamualaikum wrt wbt.

DARI MALAYSIA KE INDONESIA.
DARI SRI DENGKIL MENJADI BEMBAN.
AKHIRNYA TERBALIK jua. 

Berikut adalah kisah menyayat hati berkenaan sebuah kapal korek.. 😌😑

Sejarah Kapal Korek Sri Dengkil/Bemban

1. Kapal korek Sri Dengkil mula ditauliahkan kedalam perkhidmatan setelah ia siap dibina pada tahun 1979. Pada masa itu, Sri Dengkil yang direka oleh F W & Pynes dengan keupayaan menggali mencecah 150 kaki diiktiraf sebagai kapal korek timah terbesar yang pernah dibina di Malaysia dan juga dunia sebelum status itu diambil alih kemudiannya oleh kapal korek milik Kuala Langat Mining Sdn Bhd pada 1985.

Sri Dengkil ketika masih beroperasi di Kuala Langat Tin Field, Malaysia.. Sumber: OCIE
Kapal korek Bemban ketika sudah beroperasi di Indonesia. Sumber


2. Sri Dengkil ditempah dan dimiliki oleh Perangsang Rio Tinto (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat usahama diantara Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) dengan 55% kepentingan, syarikat Conzinc Rio Tinto (M) Sdn Bhd (CRT) pula dengan 30% saham manakala selebihnya dimilik oleh Syarikat Lombong Setapak Berhad (SLS).


Pemberitahuan media, sumber: BUSINESS TIMES 16 December 1977


3. Perangsang Rio Tinto (M) Sdn Bhd (PRT) memperolehi pajakan perlombongan dari Kerajaan Negeri Selangor seluas 578.8 hektar di Kuala Langat (kini sekitar Paya Indah Wetland), bagi diusahakan oleh Sri Dengkil yang mempunyai 13,802 tan rizab bijih. Pajakan perlombongan yang diberi pada akhir 70an itu akan tamat pada tahun 1998.

4. Manakala Conzinc Rio Tinto (M) Sdn Bhd (CRT) pula adalah syarikat yang memiliki sebuah kapal korek dengan nama Sri Timah di kawasan berhampiran Sri Dengkil dekat Kuala Langat. Ia adalah syarikat perlombongan yang dimiliki sahamnya oleh Rio Tinto Zinc Corporation Limited of London dan Conzinc Rio Tinto of Australia Limited.


nota kaki:Banyak nama kompeni yg korang mungkin blh jd konfius, nk mudah aku buatkan glossary ni:-

Kumpulan Perangsang Selangor Berhad = KPS
Conzinc Rio Tinto (M) Sdn Bhd = CRT
Perangsang Rio Tinto (M) Sdn Bhd = PRT
Syarikat Lombong Setapak Berhad = SLS
Perangsang Tin Consolidated Sdn Bhd = PTC

5. CRT yang merupakan syarikat dari luar negara hanya menjalankan aktiviti perlombongannya di Kuala Langat melalui kapal korek Sri Timah di tanah yang dipajakkan kepada SLS. SLS telah mendapat hak perlombongan semenjak 60an lagi dengan pajakan yang diberi akan tamat pada 1991 meliputi kawasan seluas 418.7 hektar. Tetapi SLS tidak mempunyai kemampuan untuk memiliki kapal korek sendiri lalu diusahakan oleh CRT.

5. Pada pertengahan 80an, Syarikat itu (CRT) telah distrukturkan dan dijenamakan semula menjadi Perangsang Tin Consolidated Sdn Bhd (PTC) melalui penggabungan dengan anak syarikat KPS dan pengambilalihan saham. Rio Tinto Group kemudian menubuhkan Rio Tinto (Malaysia) Sdn. Bhd sebagai antara pemegang ekuiti.

6. Rio Tinto Group mula mengurangkan keterlibatan aktif dalam bidang perlombongan di Malaysia ekoran ketidakstabilan harga timah.

Kawasan yang dimohon untuk dilombong. Sumber: Source: Muka 129, Tin Mining in Malaysia, 1800-2000: The Osborne & Chappel Story
Lokasi terakhir Sri Dengkil. Sebahagian kecil kawasan sebelah kanan yang pernah dilombong telah dikambus pada sekitar pertengahan 80an.

7. Melalui penstrukturan itu juga, kapal korek Sri Dengkil telah dipindah milik dari PRT kepada syarikat PTC, menjadikan syarikat itu memiliki dua buah kapal korek termasuklah kapal korek sedia ada iaitu Sri Timah.

6. Setelah PTC dibentuk, PRT hanya bertindak selaku syarikat pengurusan lombong yang memegang saham dan pemegang hak pajakan. Ini kerana kontrak pajakan yang diberi oleh Kerajaan Selangor adalah atas nama tetuan Perangsang Rio Tinto (M) Sdn Bhd (PRT), maka PRT memberi hak perlombongan yang dimilikinya kepada anak syarikatnya iaitu Perangsang Tin Consolidated Sdn Bhd (PTC) secara ‘sub-lease’.

7.  Maka PTC juga automatik adalah sub-lease kepada SLS melalui kapal korek Sri Timah. (Rujuk perenggan 5)


Kapal Korek Sri Timah selepas selesai dipasang, 1973. 

8. Pada tahun 1989, anak syarikat KPS, iaitu Worldwide Holdings Berhad (WHB) telah mengambil langkah penstrukturan dengan disenaraikan semula di Bursa Malaysia Securities. Untuk memberi kekuatan kepada WHB, PRT dan PTC adalah antara anak syarikat yang disuntik oleh KPS ke bawah naungan WHB.

9. Disebabkan kejatuhan harga timah, pada Januari 1992 WHB dan anak syarikatnya ( Perangsang Rio Tinto (M) Sdn Bhd - PRT) telah menarik diri dari sektor perlombongan dengan melupuskan semua sahamnya di PTC kepada Syarikat Lombong Setapak Berhad (SLS).

10. Berikutan kejatuhan harga timah yang berterusan, Sri Dengkil berhenti beroperasi pada tahun 1994 dan dijual kepada PT Koba Tin dan dipindahkan ke Kepulauan Bangka.

11. Di bawah pengurusan PT Koba Tin, kapal korek itu dinamakan semula sebagai Bemban.

12. Setelah Bemban berhenti beroperasi sejak  2013, akhirnya pada 31 Januari, 2018, media di Indonesia melaporkan kapal korek berkenaan telah terbalik.

Episod Duka Sebagai Bemban

13. Pada 31 Januari 2018, akhbar-akhbar di Indonesia melaporkan berita tentang sebuah kapal korek telah terbalik di kawasan Bemban, Kecamatan Koba, Kabupaten Bangka Tengah, Provinsi Kepulauan Bangka Belitung.

14. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana kakitangan PT Koba Tin yang menjaga kapal korek berkenaan sudahpun berada di daratan ketika kejadian.

15. Kapal korek yang pernah menabur bakti kepada PTC dan PT Koba Tin itu dipercayai telah terbalik akibat faktor cuaca. Fauza Ahmadi dari pengurusan PT Koba Tin di Koba berkata kapal korek itu pada awalnya senget dibahagian sebelah sisi ketika air lombong surut, manakala sisi sebelah lagi bersandar di tepi lombong.

Kapal korek Bemban di tahun 2016 setelah hampir 3 tahun tidak beroperasi. Credit: Maz Pandji
Setelah tidak dibenar beroperasi, kawasan lombong yang terbiar diceroboh oleh penduduk yang melombong tanpa lesen menggunakan kaedah buatan sendiri. 

Kapal korek Bemban yang sudah tidak beroperasi. Sumber: Gettyimages


16. Kapal itu terus menyenget kemudian tumbang lalu sebahagian sisi badan kapal pun tenggelam.

17. Namun dia tidak menjelaskan dengan lebih terperinci penyebab terbaliknya kapal korek dengan berat mencecah 7000 tan itu dan pihaknya sudah melaporkan kejadian itu kepada Kementerian Energi Sumber Daya Mineral (ESDM).

Keadaan Bemban selepas teragedi. Klik sini untuk sumber video

18. Menurut sumber lain, kapal korek bijih timah tersebut adalah salah satu dari aset yang penting milik PT Koba Tin dan keadaannya masih baik, namun sudah berhenti beroperasi sejak 2013 selepas pajakan perlombongan bijih timahnya tamat dan tidak disambung oleh Pemerintah Indonesia.
*nota: kata Pemerintah di Indonesia bermaksud Kerajaan = Government.

19. Berikutan gagal mendapat kebenaran untuk terus beroperasi, kapal korek Bemban itu pun telah terbiarlah tanpa penjagaan mahupun baik pulih untuk sekian lama sebelum dilaporkan terbalik oleh penduduk tempatan pada 29 Januari 2018.

20. Pada awalnya terdapat perancangan untuk memindahkan kapal korek yang dinamai Bemban itu ke kawasan lain atau mungkin dilupus dan dijual, namun masih belum sempat untuk dilaksanakan.  Kapal korek tersebut berlabuh di pinggir lombong dan dijaga oleh sejumlah petugas dari pengurusan PT Koba Tin.

21. Sementara itu,  Doni seorang penduduk tempatan di Koba mengatakan kapal korek malang itu  terbalik kerana ditiup oleh angin kencang dan air di bekas lombong itu surut sehingga kapal hilang keseimbangan.

"Kapal korek ini aset berharga milik PT Koba Tin, jika dibiarkan lama dalam posisi sekarang maka kapal bernilai tinggi ini akan rosak teruk kerana mesinnya terendam di air," Doni.

Episod Perit PT Koba Tin

22. Pada  sekitar akhir 80an  dan pertengahan 90an, PT Koba Tin memperolehi dua buah kapal korek terpakai bersaiz besar yang kedua-duanya pernah beroperasi di sekitar Kuala Langat Tin Field (kini Paya Indah Wetland) iaitu Merapin (bekas kapal korek kedua milik Selangor Dredging Berhad) dan Bemban (bekas kapal korek Sri Dengkil milik Perangsang Tin Consolidated Sdn Bhd).

23. Kedua-duanya dipindahkan ke Kepulauan Bangka oleh firma tempatan; OCI Engineering Sdn Bhd (OCIE).

Bemban ketika masih beroperasi. Sumber sini
Kapal korek Bemban beroperasi di lombong dekat Bangka, Indonesia. Sumber http://achaqori.blogspot.com
Bemban


24. PT Koba Tin ditubuhkan pada tahun 1973 setelah syarikat Australian Kajuara Mining Company berkerjasama dengan PN Timah tbk (75% & 25%) untuk melombong dan melebur timah di Koba. PT Koba Tin beroperasi dengan kaedah perlombongan secara dedah dan pam krikil sebelum beralih menggunakan kapal korek bermula pada tahun 1988.

25. Semenjak ditubuhkan, PT Koba Tin beroperasi dengan lancar dan berjaya menjadi syarikat perlombongan dan peleburan timah kedua terbesar di Indonesia.

27. Namun pada tahun 2002, pemilik saham dari Australia itu menjual kesemua sahamnya (75%) dalam PT Koba Tin kepada Malaysia Smelting Corp (MSC) sejurus sebelum pajakan perlombongannya tamat pada tahun yang sama.

28. Dibawah pengurusan MSC, Pemerintah Indonesia menyambung semula pajakan selama 10 tahun untuk kapal korek Bemban. Walaupun MSC pada awalnya menjangkakan 50% keuntungannya akan diperolehi melalui pengambilalihan PT Koba Tin, namun menghampiri penghujung tempoh sehingga 2013 itu, PT Koba Tin terpaksa menempuh liku-liku yang perit selain berdepan pelbagai kontroversi.

29. Mana tidaknya, PT Koba Tin banyak kali mencatat kerugian terutamanya pada 2007-2008 iaitu ketika harga timah dunia jatuh dan tidak sekadar itu, pengarah urusannya yang juga warga Malaysia telah tidak kurang dari tiga kali perlu dihadapkan ke mahkamah negara berkenaan atas pelbagai pertuduhan termasuklah pertuduhan atas kesalahan memperlekeh warga tempatan yang juga merupakan pekerja PT Koba Tin.

30. Bermula pada 2009, Kamardin Md Top ditahan pihak berkuasa Indonesia setelah kapal korek Merapin milik PT Koba Tin pada 1999 didakwa telah beroperasi di dalam kawasan yang diwartakan sebagai hutan simpan kekal negara berkenaan.

31. Ia menyebabkan kerosakkan puluhan hektar hutan lindung di desa Lubuk Besar, Kabupaten Bangka Tengah, akibat perlombongan timah.

32. Bagaimanapun Kamardin Md Top kemudian dibebaskan setelah mahkamah mendapati bahawa pengarah urusan itu tidak bersalah.

33. Ini berikutan pada ketika kejadian yang melibatkan kapal korek Merapin itu, PT Koba Tin masih berada dibawah pengurusan lama. Selain itu, kawasan hutan terlindung itu hanya berjaya diwartakan pada tahun 2006.

Kapal korek Merapin seusai tiba di Kepulauan Bangka selepas ditunda dari Malaysia.
 
35. Kapal korek Merapin terbiar tidak lagi beroperasi tetapi dijaga secara berkala oleh PT Koba Tin. Terdapat juga cadangan dari pihak PT Koba Tin pada sekitar 2003-2004 agar kapal korek itu dimodifikasi bagi beroperasi di pesisir pantai dan di perairan cetek di laut lepas dimana bijih ditemui namun tidak diluluskan oleh pemerintah Indonesia.

36. Hanya PT Timah tbk dibenar melombong dengan kapal korek di persisir pantai Bangka.

Pasca selepas 2013

37. Selepas tempoh pajakan perlombongan untuk kapal korek Bemban tamat pada 2013, PT Koba Tin pernah memohon untuk menyambung semula pajakan sejurus sebelum dan juga selepas tempoh pajakan tamat namun tidak mendapat kelulusan dari pihak berkuasa Indonesia berikutan dasar baru yang diperkenalkan oleh Pemerintah Indonesia bahawa hanya PT Timah tbk, iaitu syarikat milik penuh Kerajaan Indonesia yang berhak melombong dan menguruskan khazanah alam negara itu termasuklah proses melebur.



38. Dengan tamatnya tempoh pajakan pada 2013, PT Koba Tin menanggung kerugian yang banyak. Syarikat itu berdepan dengan masalah tunggakan gaji kepada sejumlah pekerjanya. Ekoran dari laporan yang diterima, semua aset bernilai milik PT Koba Tin telah disita oleh kementerian ESDM bagi menyelesaikan masalah tunggakkan dan hutang yang banyak.

39. Kamardin Md Top sekali lagi ditahan pada 2016 setelah PT Koba Tin gagal melunaskan baki tunggakan yuran pajakannya kepada pemerintah Indonesia.

Apa Pun Tak Dapat

40. Walaupun begitu, kejadian terbaliknya kapal korek Bemban milik PT Koba Tin di lokasi bekas lombong di Bemban Sot Desa Nibung, Bangka Tengah disifatkan oleh Wakil Ketua Komisi III DPRD Bateng, Apri Panzupi sebagai kerugian kepada Indonesia.
“Atas kejadian kapal korek terbalik itu, kalau ditanya siapa yang rugi tentulah negara (Indonesia) kerana tanggungjawab atas kapal itu bukan PT Koba Tin lagi tetapi Kementerian ESDM,”  ujar Apri Panzupi ketika ditemuramah oleh Rakyat Pos,, (1/2/2018).

41. Tambahnya lagi, Kementerian ESDM yang bertanggungjawab penuh keatas aset tersebut. Sedangkan PT Koba Tin hanya bertindak sebagai pihak yang bertanggungjawab mengawasi kapal korek berkenaan dari diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sekian.
JUSUH IBDULLAH


Jumaat, 21 Ogos 2020

NASIBMU OH KAPAL KOREK (updated)

Kapal Korek Sri Banting

1.Kapal korek Sri Banting atau Sri Banting Dredge adalah sebuah kapal korek yang digunakan untuk melombong bijih timah. Kini kapal korek yang mempunyai berat 4500 tan ini sudah tidak digunakan lagi dan tersadai sepi di tepi lombong bersebelahan Lebuhraya ELITE di Dengkil, Selangor (setakat yang diketahui, kapal korek ini masih lagi disitu).

2. Kapal korek Sri Banting yang pernah dioperasikan oleh syarikat Timah Langat Berhad (mula beroperasi pada tahun 1977) merupakan kapal korek terakhir yang masih wujud di Selangor, dan salah satu dari dua yang masih tinggal di Malaysia selepas Kapal korek Tanjung Tualang 5 (TT5 Dredge).

Kapal korek TT5 di Batu Gajah Perak berjaya dipulihara dan kini sedia dikunjungi.
Sumber 

3. Kapal korek TT5 kini dijadikan Muzium Warisan Kapal Korek Bijih Timah di Batu Gajah, Perak dan dibuka semula untuk dilawati oleh umum pada sekitar 2018 (bakal menjadi kapal korek terakhir) manakala nasib Sri Banting pula kian kabur. Harga yang perlu dibayar untuk membelinya sekitar lapan juta ringgit, itu tidak termasuk kos untuk membaiki kecacatan dan kerosakkan akibat dibiar sepi terlalu lama. Tanah tempat kapal korek itu pernah beroperasi telah diserahkan oleh Kerajaan Negeri kepada pemaju, dan mahkamah telah mengeluarkan perintah agar Sri Banting dikeluarkan dari tapak lokasinya kini selewatnya hingga Disember 2020. 

4. Suatu masa dahulu kapal korek Sri Banting seperti mana lain-lain kapal korek beroperasi selama 24 jam tanpa henti. 15 orang pekerja diperlukan untuk mengoperasikannya dalam sesuatu masa bagi setiap syif.

5. Sri Banting adalah antara kapal korek yang direka untuk tidak beroperasi menggunakan sistem pendorongnya sendiri (without on-board generation set) sebaliknya menggunakan kuasa elektrik dari penyedia perkhidmatan utiliti TNB (sebelumnya LLN). Kabel elektrik disambung ke Sri Banting dengan cara ia diapungkan di atas permukaan air.

6. Pada tahun 1990, kos operasinya dari bil elektrik sahaja (tidak termasuk gaji kakitangan) menelan belanja RM140 ribu hingga RM150 ribu sebulan. Sri Banting memiliki 110 bucket yang digunakan untuk mengeruk ke dalam bumi sehingga kedalaman 25 meter bagi melombong bijih, yang mana setiap satu bucket pada ketika itu bernilai RM10 ribu.

7. Setiap bucket perlu ditukar jika ia telah mencecah 35 ribu jam penggunaan atau bersamaan dua tahun. Anggaran kos untuk memiliki kapal korek pada sekitar tahun70an - 80an adalah sekitar 20 hingga 25 juta ringgit bergantung pada saiz dan keupayaan.

Kapal korek Sri Banting ketika masih beroperasi sekitar akhir 90an atau awal 2000an.
Credit: “A gold mine in tin” Monday, 13 August 2007 06:01am ©The Sun by Joyce Au-Yong

TAHUKAH ANDA (Fakta Ringkas Mengikut Kajian Penulis mengenai Perlombongan Bijih Timah di Selangor).

8. Syarikat Timah Langat Berhad adalah syarikat yang ditubuhkan oleh PKNS pada 1973 sebelum dipindah milik kepada Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) pada akhir 70an. Di bawah KPS iaitu pada akhir 70an hingga awal 80an, Timah Langat Berhad menjadi syarikat yang paling menguntungkan. pada 1983, KPS perlu akur dengan arahan dari Timbalan Perdana Menteri iaitu Tun Musa Hitam supaya Timah Langat Berhad bersama dua lagi anak syarikat KPS diambil alih oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Keratan akhbar pemindahan milik Timah Langat Berhad dari KPS ke PNB

9. Selain Timah Langat Berhad, Selangor Dredging Berhad (SDB) dan Petaling Tin Berhad adalah antara syarikat perlombongan yang pernah beroperasi di lombong-lombong sekitar Dengkil dan Paya Indah (Kuala Langat Tin Field).

10. Kampung Selangor Dredging yang terletak ditengah antara lombong-lombong dekat Dengkil dan Paya Indah bersebelahan Lebuhraya ELITE adalah sebuah kampung yang menempatkan kediaman (kuarters) untuk kakitangan SDB bermula sekitar 60an, dan kampung itu masih wujud hingga kini.

11. Memandangkan SDB adalah syarikat terawal yang mengoperasikan kapal korek di kawasan berkenaan, sebahagian pekerjanya yang menetap disitu ramai yang berasal dari Perak dan kawasan lain seperti Kuala Lumpur. Ini kerana mereka memilki pengalaman yang cukup luas dalam pengoperasian kapal korek berbanding penduduk tempatan.

12. SDB menghentikan operasi perlombongannya pada Mac 1992 setelah operasi SD Dredge no.1 telah diberhentikan sepenuhnya dan beralih kepada perniagaan sektor hartanah akibat harga timah dunia jatuh menjunam. (SD Dredge no.1 siap dipasang pada tahun 1966 dan ditauliahkan pada tahun 1967).

Kapal 1 milik Selangor Dredging Berhad (SD Dredge no1) berhampiran Kampung Selangor Dredging, dibina pada 1966 dan berhenti operasi sepenuhnya pada 1992 akibat kejatuhan harga timah. Kini tapak Selangor Dredging telah dibangunkan dan menempatkan pejabat dan chalet Paya Indah Wetland. Credit: OCIE
Kapal 2 (SD Dredge no 2) milik Selangor Dredging Berhad ditauliahkan pada tahun 1973 merupakan kapal korek terbesar serta termaju di dunia pada zamannya. Kapal korek ini dijual pada tahun 1983 setelah harga timah jatuh kepada PT Koba Tin, dilerai pada 1986. Credit: SDB
SD Dredge no 2 dinamakan semula sebagai Merapin setelah selamat tiba di Indonesia. Untuk mengetahu bagaimana firma tempatan memindahkan kapal korek ini ke Indonesia, penulis ada nukilkannya pada perenggan 'Pemindahan' di sini (Wikipedia). Credit: OCIE

13. Kedua-dua kapal korek (yang terbesar di dunia) milik SDB telah dijual bermula pada pertengahan 80an dimulai dengan SD Dredge no.2 kepada syarikat perlombongan timah di Kepulauan Bangka, Indonesia. Manakala kapal korek milik Petaling Tin Berhad iaitu Petaling Dredge no.9 (Pet D9) yang kelihatan masih dalam keadaan sangat baik dan pernah menjadi tarikan di Paya Indah Wetland telah hilang dari lokasi terakhirnya yang diketahui di Paya Indah sekitar 2009 setelah dilupus dan dijual.

Kapal korek Petaling D9 ketika masih berada di Paya Indah Wetland
Sumber: OCIE
Antara gambar terakhir kapal korek Petaling D9 di Paya Indah Wetland sekitar tahun 2007 sebelum menjadi sejarah

Tiga turutan gambar satelit diambil dari Google Earth menunjukkan kedudukan Petaling Dredge No 9 (Pet D9 Dredge) seperti yang dilihat di Paya Indah Wetland sebelum dilupus sekitar tahun 2008-2009.

14. Antara syarikat pelombongan lain yang diketahui pernah beroperasi di Selangor adalah seperti Selayang Tin Dredging dan Rawang Tin Fields. Rawang Tin menempatkan pekerjanya di kuarters pekerja di Kampung Rawang Tin di Rawang (kini telah dibangunkan semula oleh Kerajaan Negeri menjadi Taman Rawang Tin).

15. Kampung Rawang Tin adalah antara penempatan terawal yang memperolehi kemudahan bekalan elektrik setelah elektrik disalurkan ke kawasan disitu dan sekitarnya bagi menyokong aktiviti perlombongan bijih timah 24 jam sehari.


TRAGEDI HITAM KAPAL KOREK

16. Siapa pun tidak akan dapat melupakan peristiwa pahit tragedi hitam yang pernah terpalit dalam sejarah perlombongan Negara. Pada hari Rabu tanggal 8 haribulan Ogos 1984, sebuah kapal korek milik Sungai Klang Dredging Sdn Bhd terbalik di sebuah lombong yang terletak di Batu 13 Puchong.

17. Menurut sumber, kejadian menyayat hati itu menyebabkan tujuh orang terkorban. Tiga puluh orang sedang berada di kapal korek berkenaan ketika kemalangan itu berlaku.

18. Tujuh orang terperangkap dalam kapal korek tersebut melibatkan empat orang pekerja biasa, dua orang jurutera dan seorang lagi adalah pemilik kapal dan syarikat berkenaan, Michael Tang.

Terbalik! Pic Credit: Bernama

19. Selebihnya berjaya menyelamatkan diri dengan melompat ke dalam (kawasan) lombong sedalam 25 meter itu dan berenang ke darat, dimana mereka dibawa ke klinik kerajaan yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan.
Orang ramai dan media mengerumuni lokasi
Bahagian atas. Operasi menyelamat menjadi sukar ekoran kedalaman lombong dan struktur dalam badan kapal korek yang sempit dan ditenggelami air
Pekerja yang sedang bercuti ketika kejadian berlaku memberi khidmat bantuan teknikal mengenai struktur dalaman kapal korek kepada pasukan penyelamat

Pihak PDRM mengawal lokasi kejadian


20. Operasi mencari dan menyelamat dimulakan serta-merta tetapi kemudian mula terhalang apabila hari semakin gelap. Ketua Polis Selangor Komisioner Abdul Rahim Mohamed Noor, yang bertanggungjawab bagi operasi itu berkata kejadian ini dipercayai adalah yang pertama seumpamanya. Beliau berkata, anak-anak kapal dan jurutera sedang menjalankan proses pembaikan pada kapal korek malang itu sejurus sebelum kemalangan itu berlaku. Menteri Perusahaan Utama, Datuk Paul Leong mengarahkan agar siasatan dijalankan segera.

Mesin pam air milik kapal korek malang yang terbalik. Siri mesin pam air di bahagian sisi Kapal berfungsi mengepam air lombong ke bahagian tertentu seperti di bahagian rawatan atau jigs bagi mengasingkan bijih dari bendasing

21. Pegawai kerajaan Yip Siew Ngoh, Senior Inspector of Mines, bahagian selatan, berkata kapal korek terbalik selepas salah satu pontoon yang menyokongnya bocor. Ketika usaha pembaikkan dijalankan, Ia mula hilang imbangan hingga dimasuki terlalu banyak air selepas salah satu dari pam bantuan yang mengepam air dari dalam pontoon pula tiba-tiba gagal berfungsi.

Contoh bahagian dalam pontoon di sesebuah kapal korek. Gambar bahagian dalam pontoon kapal korek Sri Banting.
Credit: Mastur Rizki

22. Keadaan cemas sekelip mata yang sudah tidak terkawal itu menyebabkan air bah dengan pantas ke dalam badan kapal dari sebelah salah satu sisi mengakibatkan kapal korek malang itu terus condong dan terbalik sepenuhnya hingga bahagian bawahnya timbul dengan sedikit menyenget dipermukaan air. (Menurut saksi rantai/tali yang menambatnya ke tebing juga turut terputus).

23. Salah seorang mangsa yang terkorban adalah ayah kepada selebriti Jimmy Shanley Salleh, berasal dari Britain tetapi bekahwin dengan rakyat tempatan dan berkhidmat sebagai jurutera kapal korek berkenaan.

Credit: Instagram Jimmy Shanley


24. Kemalangan yang tidak diduga ini juga sempat mencetuskan polimik diantara ahli keluarga mangsa dan pihak yang bertanggungjawab melibatkan keupayaan anggota penyelam TLDM dalam aktiviti menyelamat yang mengambil masa berhari-hari lamanya. Malah pada hari kedua selepas kejadian, setelah 5 jam mencuba, masih tiada satu mangsa yang dikhuatiri lemas berjaya ditemui.

Kawasan lombong milik Sungai Klang Dredging Sdn Bhd

Sebuah lagi kapal korek milik Sungai Klang Dredging berada tidak jauh dari lokasi kejadian

25. Kegagalan penyelam TLDM membawa keluar baki mangsa yang hilang walaupun operasi menyelam untuk mencari dilakukan setiap hari telah melahirkan perasaan kurang senang ahli keluarga mangsa hingga menyebabkan mereka meminta Menteri Besar Selangor Datuk Haji Ahmad Razali Ali dan beberapa pihak lain masuk campur untuk membiayai kos bagi mengunakan khidmat penyelam komersial.

26. Frogmen dari TLDM nampaknya tidak boleh menjalankan operasi menyelamat dengan berkesan kerana ketika itu penyelam TLDM hanya berbekalkan kelengkapan menyelam yang asas serta masih belum dilengkapi perlatan yang bersesuaian dalam usaha menyelamat. Air lombong yang keruh dan halangan di dalam air terutamanya dalam rangka kapal korek yang berbahaya menghadkan keupayaaan anggota TLDM. (Kesemua mangsa hanya berjaya dikeluarkan seminggu kemudian setelah air lombong dengan kedalaman 25 meter itu dengan anggaran berjumlah 135 juta gelen berjaya dipam keluar.)

Penyelam TLDM membaca doa sebelum memulakan operasi menyelamat di bawah air.

27. Menyedari akan hakikat pentingnya keperluan seperti ini, kejadian ini seolah membuka mata kepada pihak kerajaan selepasnya apabila Jabatan Bomba (kini Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia) dan beberapa agensi lain mula dilengkapi dengan peralatan menyelam yang khusus dan bersesuaian bagi operasi menyelamat.

28. Rentetan dari peristiwa hitam ini juga telah menyebabkan pihak Kerajaan mengemaskini dan memperketatkan piawaian keselamatan yang wajib dipatuhi oleh semua syarikat perlombongan dan para pekerjanya.

29. Terdahulu sebelumnya, iaitu pada hari ketiga beberapa orang penyelam komersial dari Subsea Marine and Underwater Services telah dengan sukarela menawarkan kepakaran bagi membantu operasi menyelamat yang dijalankan TLDM. Dengan kelengkapan menyelam yang maju, mereka berjaya mengeluarkan tiga mayat mangsa iaitu pemilik lombong Michael Tang Tet Kong, Jurutera Nor Johan Abdullah dan seorang lagi T. Ramachandran. (Seorang lagi mangsa iaitu ketua shif Tahir Ibrahim turut ditemui selepas mayatnya timbul di permukaan lombong.)

30. Walaubagaimana pun selepas dua hari mereka terpaksa pulang semula ke Lumut kerana terikat dengan kerja-kerja kontrak yang perlu mereka selesaikan disana dan tugas-tugas mencari diteruskan oleh anggota TLDM.

31. Tertekan dengan isu ini, ada ahli keluarga mangsa yang terpaksa menggunakan khidmat bomoh. Seorang bomoh yang dikenali dengan nama Kia bin Arshad tiba dengan menaiki kereta Mercedes-Benz pada 12 Ogos. Wajah beliau terpampang di dada akhbar keesokkan harinya.

32. Menurut beliau kesukaran anggota TLDM menemui baki mangsa adalah disebabkan tiada ‘tawaran’ dibuat kepada penunggu lombong. Beliau kemudian bersama beberapa ahli keluarga mangsa ke lokasi kejadian untuk berkumpul bagi membaca doa sebelum mereka mencampakkan telur dan batu kedalam lombong berkenaan.

33. Seorang penyelam TLDM juga diminta oleh bomoh itu untuk mencampakkan telur kedalam lombong kerana menurutnya mereka adalah pasukan yang akan melaksanakan pencarian baki mangsa di lombong berkenaan. Dalam akhbar NST bertarikh 13 Ogos, Bomoh Kia bin Arshad dipetik sebagai berkata “Saya berharap dengan tawaran telur-telur dan batu itu, para penyelam tidak akan menghadapi apa-apa kesukaran dalam cubaan untuk menemui baki mayat yang tinggal.”

34. Beliau pulang sejurus selepas penyelam TLDM memulakan operasi. Tetapi apabila operasi dihentikan pada tengah hari masih tiada tanda-tanda yang baki mangsa akan ditemui.

35. Akhirnya kesemua baki mangsa yang terperangkap hanya berjaya dikeluarkan selepas lombong berkenaan berjaya disurutkan menggunakan mesin pam milik Jabatan Pengairan dan Saliran beberapa hari kemudian.
Credit: Instagram Jimmy Shanley


KAPAL KOREK - KEGEMILANGAN YANG KIAN PUDAR

35. Semenjak kejatuhan harga pasaran bijih timah dunia pada sekitar tahun 1982, banyak operasi kapal korek di Malaysia terpaksa dihentikan. Pada awal 90an pula pasaran timah dunia menjadi semakin teruk merosot manakala kebanyakkan kawasan yang ditemukan bijih timah sudah ketandusan bijih yang mempunyai gred yang bermutu tinggi seperti sebahagian lombong-lombong terdahulu ketika era kegemilangannya.

36. Rata-rata jumlah konsentrasi timah yang direkodkan di kebanyakkan lombong di Malaysia pada sekitar awal 90an bagi setiap deposit tanah hanya mengandungi hasil timah 0.1kg/m3 berbanding diposit dari negara lain seperti Brazil yang boleh mencapai kandungan sebanyak 3kg/m3.

37. Atas faktor inilah antara penyebab kenapa perlombongan timah menggunakan kapal korek dihentikan. Namun perlombongan menggunakan kaedah lain masih ada yang berjalan.

38. Timah di Malaysia dengan gred yang rendah sudah tidak lagi berbaloi untuk dilombong menggunakan kapal korek apabila hasil yang diperolehi tidak mampu menanggung kos operasi. Kos memindahkan kapal korek dari lombong lama yang telah haus ke lombong baru juga harus dikaji pada waktu itu kerana ia menelan belanja yang agak besar dan membebankan syarikat.

39. Pemindahan kapal korek dari lombong lama ke lombong baru adalah perkara biasa ketika era kegemilangan timah di Malaysia. Sebagai contoh, Pacific Tin Consolidated Corporation pernah memindahkan dua buah kapal koreknya dari Perak ke Batang Berjuntai.

40. Ketika penulis masih kecil, penulis pernah berpeluang melihat sendiri kapal korek di depan mata. Melewati berapa buah lombong dengan beberapa buah kapal korek terlihat dikejauhan membuatkan perasaan ingin tahu penulis kian bekobar. Dengan penuh ketaksuban mata penulis yang tak berkerdip melihat kapal korek dengan seribu persoalan mencanak di benak fikiran.

41. Bersungguh soalan diajukan kepada keluarga dengan bertalu. Penulis yang berasal dari daerah Kuala Selangor memberi kelebihan untuk melihat kapal korek yang beroperasi dan yang tersadai tidak digunakan sekiranya dibawa melalui kawasan Batang Berjuntai (kini Bestari Jaya).
42. Ketika zaman kemuncaknya dikatakan terdapat tidak kurang 13 buah kapal korek beroperasi di Batang Berjuntai. Kapal korek digunakan oleh syarikat-syarikat bijih timah yang beroperasi disitu antaranya Berjuntai Tin Dredging Berhad dan Pacific Tin Consolidated Corporation.

D8 milik Pacific Tin Consolidated. Kredit gambar: Nazari 


43. Kini Berjuntai Tin Dredging Berhad telah beralih dari perniagaan sektor perlombongan kepada sektor pembuatan sarung tangan antarabangsa dan menukar namanya pada tahun 2004 menjadi Integrated Rubber Corporation Berhad.

44. Kali terakhir penulis melihat kapal korek di Batang Berjuntai ialah ketika bersekolah rendah dalam lingkungan darjah 5 atau 6. Kebanyakkan kapal korek itu telah tersadai usang di tepi lombong serta sudah tidak lagi beroperasi. Malangnya beberapa tahun selepas penulis tamat tingkatan 5, seingat penulis tiada satu kapal korek pun yang kelihatan.

Kapal 9, Berjuntai Tin Dredging


45.Kapal korek terakhir milik Berjuntai Tin Dredging Berhad telah dijual sekitar tahun 2000-2001.

46. Kini sebahagian kecil lombong itu telah ditimbus dan dijadikan tapak berdirinya UNISEL hari ini. Tidak jauh dari situ terletaknya Kampung Berjuntai Tin (kini ditukar namanya Oleh Sultan Selangor menjadi Kampung Bestari Jaya) sebuah penempatan yang disediakan oleh Berjuntai Tin Dredging Berhad sebagai kuarters pekerja serta ahli keluarga mereka.

47. Kampung Pasifik Tin yang pernah wujud di Batang Berjuntai adalah penempatan para pekerja syarikat Pacific Tin Consolidated Corporation di kawasan berkenaan.

DAHULU DAN KINI

48. Dari segi sejarah, Semenanjung Tanah Melayu menjadi sinonim dengan perlombongan bijih timah, dan ia berkembang dengan pesat pada tahun 1883, apabila Malaya mendahului Britain untuk menjadi pengeluar bijih timah yang terbesar di dunia.

49. Perang Korea dan perang Vietnam merancakkan lagi aktiviti perlombongan timah di Malaysia apabila permintaan terhadap logam itu meningkat tinggi.

50. Menurut Malaysia Smelting Corporation Bhd (MSC), dalam tahun 1970-an, Malaysia mengeluarkan bijih daripada 1,000 buah lombong bijih timah dengan menghasilkan purata lebih 70,000 tan metrik setahun.

Salah satu kapal milik AA Tin di Sungkai, Perak


51. Pada tahun 1990, berikutan kejatuhan industri pada tahun 1985, pengeluaran tahunan setelah dihadkan bagi mengimbangi harga adalah sebanyak 20,700 tan - dengan Malaysia menjadi pengeluar bijih timah yang keempat terbesar di dunia.

52. Hanya lapan tahun kemudian, industri bijih timah di Malaysia mengalami penurunan mendadak, dengan hanya menghasilkan sebanyak 5,800 tan bijih timah setahun. China, dalam perbandingan berjaya melombong 79,000 tan bijih timah, dan mengambil alih kedudukan sebagai pengeluar timah No. 1 di seluruh dunia.

53. Majlis Timah Antarabangsa runtuh pada tahun 1985, meninggalkan hutang kasar sebanyak hampir AS $ 1.5 bilion (RM5.19 bilion), dan menyebabkan harga bijih timah dunia jatuh sebanyak hampir 57%.

54. Malaysia telah terjejas dengan teruk, dan ditambah pula dengan krisis ekonomi pada 1985, harga timah telah jatuh dari RM32,000 se-tan pada tahun 1970-an kepada kurang daripada RM17,000 bagi setiap tan pada tahun 1985. lombong di Indonesia dan China juga dapat melombong logam itu pada kos yang lebih rendah, dan Malaysia sudah tidak dapat bersaing.

55. Kini Rahman Hydraulic Tin Sdn Bhd (RHT) dan KL Larut Sdn Bhd adalah antara syarikat-syarikat perlombongan yang masih bergiat aktif dalam perlombongan timah di Malaysia. RHT telah lama ditubuhkan sejak sekian lama dan beroperasi di lombong pit terbuka di lombong bijih timah elluvial terbesar terletak di Klian Intan, Daerah Pengkalan Hulu, Hulu Perak, Perak. RHT memiliki dan mengendalikan lombong dedah dengan menggunakan jentera berat untuk memecah batuan keras.

56. Hari ini, menurut MSC, Malaysia hanya menghasilkan kurang dari 5,000 tan metrik setahun - 1.8% daripada output global 270,000 tan.

57. Terkini Kerajaan Negeri Perak pula berhasrat untuk mengembalikan kegemilangan perlombongan timah dengan menghidupkan semula industri perlombongan timah di Negeri itu bagi menjana ekonomi setempat dan menambah pendapatan negeri. Beberapa firma akan diberi peluang untuk melakukan kajian bagi menilai tanah Kerajaan Negeri yang mempunyai bijih timah sebelum aktiviti perlombongan boleh dimulakan.

JUSUH
nota: penulis turut berkongsi penulisan tentang kapal korek dengan terperinci di Wikipedia melalui: https://ms.wikipedia.org/wiki/Kapal_korek_di_Malaysia
Bahan rujukan penulisan:
1.NSTP pelbagai tarikh (80an – awal 90an)
2.The Star ~
3.The Sun Daily ~
4.The Edge Property ~
5.“A gold mine in tin” Monday, 13 August 2007 06:01am ©The Sun by Joyce Au-Yong
6.Out in the Midday Sun: The British in Malaya 1880-1960
7.Register of Defunct Companies - Page 411
8.Tin Mining in Malaysia, 1800-2000: The Osborne & Chappel Story
By David Palmer, Michael Joll

Rabu, 19 Ogos 2020

The Fate of Sri Banting Dredge, Dengkil



It is shocking to know that in the year 2020, the court has ordered the owner of this very unfortunate rusted dredge to move it elsewhere or dismantle it forever by December as the land on which Sri Banting historically being operated for many years has been handed over to the property developer.

Red circle showing an area that grants a lease from Selangor state for Sri Banting operations. Source: Page 129, Tin Mining in Malaysia, 1800-2000: The Osborne & Chappel Story

The Sri Banting dredge is a tin dredge originally owned by Timah Langat Berhad. Construction of Sri Banting started in 1974, completed two years later and commenced operations since 1977.  Now it was the last remaining dredge in Selangor, and one of the two remaining in Malaysia after Tanjung Tualang 5 ( TT5 Dredge) in the state of Perak

At the early of 2019, the Selangor Museum visited Sri Banting and expressed interest in acquiring the dredge, but the purchase negotiations is still uncertain. What's terrifying is, the possibility.. Yes, It is possible that maybe it have been cancelled due to a very expensive price offered by OCIE (around RM8 million after discount.)

Despite the high price, this piece of engineering has it's own historical value, Sri Banting isn't just piece of shit. We shouldn't lose it! I really hope that the State Government (MB and State Secretary) agreed to acquire Sri Banting not only because it is the last in Selangor, but it is more modern and had more advantages than TT5, considering it was built in the 1970s, where among the most mature peak time in tin ore extraction technology.

What! every dredges all the same la you said...Aiyo!  In general you may think they function as a machine that helps a lot and simplifies the mining process, but allow me to explain about this dredge, a facts that you might not know...

Hey, this particular dredge uses circular jigs hokey!! 

It has been engineered and introduced in dredging works in later time when a miner needs extremely fine concentrate grades and mineral recovery. The process combines conventional gravity separation and centrifugal force allowing for size recovery down to 10 microns! This process is more effective and fast compare to previous method and Sri Banting is the last dredge in the country currently, that had a Circular Jigs.

You may found a circular jigs anywhere in active mining areas in the country, but the ones that originally mounted on the monstrous floating machine is still there, the last one that you still have chances to see with your eyes in real!

Sluices boxes is part of a many jigs as found in TT5. It is an example of early method used in first generation dredges introduced in Malaya to extract tin ore. Credit: Liz Price

Sluices box in operations. Credit: Ipoh World
The development of the circular jigs for tin in the 1960's has led to the development of one of the most significant advances in modern high capacity gravity concentration equipment. Credit: RMS-ROSS CORPORATION

More modern and fast way! The bottom area of the circular jig as found in Bemban dredge had multiple propulsing columns that thrust water upward which suspend particles in the water becausethey have been exposed to gravitational energy. 

Still think not worthy? haiya up to you lah...

If Sri Banting could be maintained, we will have two examples of dredges. One from the generation of 1938 and another from the last generation in Malaysia (60s - 80s). So our grandchildren will be able to learn about this mining technology with two different era in our beloved country in comparisons.

TT5 dredge
TT5 Dredge. Source: Wikipedia



MMC may have been very generous in donating the the TT5 dredge to the Perak State Government, lucky enough after somebody (Malaysian Chinese) wrote a letter when he heard MMC planned to dispose the dredge in 1997. 

But that should not be used as an excuse, I mean to spend a huge amount of government money (hehehe) for the sake of Sri Banting; to save this very valuable relic in the state of Selangor with it's own unique history in tin mining industry.

Significantly, the dredges play a major roles in tin mining industry for its era at the State of Perak, its aims the best in the history as Perak is the largest producer of tin ores on that time.

In January 1913, Batu Gajah area is where the first dredge was introduced in Malaya. And TT5 deserved to be preserves as the last of its kind in Perak or precisely at Tanjung Tualang, which is also at Batu Gajah, Perak. The place where it started.

And the affirm standings of TT5 there now is nothing but to prove a history, a proof to the younger generation nowadays that the treasures from within the beneath of earth at the state have been extensively taken, and help contributes a lot to the development of the state, plus to provides them an answer if their wonder why are so many-many lakes and ponds along the Kinta River bank.

I got info at least two last modern dredges (built at early 80s) were dismantled in the state of Perak around 2001-2007. It is the smaller Sri Mambang in Mambang Di Awan and the other one is much larger Sri Dermawan, owned by Timah Dermawan Sdn Bhd around Kampar area. The Sri Mambang were carefully dismantled as she was sent to the undisclosed country in Africa.  

But Sri Banting story in Selangor is also not 'kaleng-kaleng', is one the three last dredges in Malaysia that struggling to maintain it's operations, defending her position until her last breathe. Sri Banting is the second last.

For info, the last dredge in operation in Malaysia is in 2002 and it was the Dredge no 3 of Berjuntai Tin Dredging Bhd at Batang Berjuntai (Now Bestari Jaya). This was confirms by locals and by the annual reports (page 70) published by MMC.

Sri Banting while still in operation, a view from it's overburden chute.
Maybe in late 1990s or early 2000s.
Credit: “A gold mine in tin” Monday, 13 August 2007 06:01am ©The Sun by Joyce Au-Yong

Sri Banting in 2016, I took this picture on Facebook, but forgot pulak to take notes about the owner, sorry.


Until later, she was left alone there, by the side of the highway. The place where she was tethered, the place where she last poured her devotion. The gloom of the tin mining industry hits again. This time causing her fate to be defenseless as her service is no longer needed.

So sad..

Adding to my sadness now is when recently one video (click to watch) was posted on YouTube, showing a group of young men who have entered into the dredge for exploration and we can see inside, Sri Banting's condition is getting worse, rusted, much even worse it rotted due to long neglect without care.

The dredge's pontoons has also been filled with rainwater. Sooner or later it will continue to be unbalanced and tilted.

During its heydays, Sri Banting dredge like any other tin dredgers in Malaysia operated for 24 hours non-stop in three shifts.15 workers are on-board at one time for each shift.

To be more specific, Timah Langat Berhad that owns and operates Sri Banting is a company established by PKNS in 1972. Later the company became a subsidiary to Selangor State Goverment's investment arm; Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) in 1975, commencing its high profit since 1978 and becoming the most profitable subsidiary under KPS in the early 80s.

In 1983, KPS was required to comply with the instructions from Deputy Prime Minister Tun Musa Hitam to sells Timah Langat Berhad with two other KPS subsidiaries to Permodalan Nasional Berhad (PNB).

In early 90s, due to it's deposit in areas of operations, Sri Banting is one of few tin dredges that survives from being ceased despite tension over a hit of fall in tin prices. According to August 14, 1990 New Straits Times report, the operation cost of Sri Banting in that time can reach up to RM150.000 per month.


August 14, 1990 New Straits Times report,
New Straits Times report on August 14, 1990 for Sri Banting   

Later Delima Industries Sdn Bhd was appointed as a maintenance operator for Sri Banting and the company was entrusted to take over all the mining activities from Timah Langat Berhad.

In October 1991, Timah Langat Berhad has entered into a transfer agreement to sell its mining assets and debts to its wholly-owned subsidiary Delima Industries Sdn Bhd for RM18.5 million.

To further diversified it's businesses and to explore more ventures, Timah Langat Holdings Sdn Bhd was incorporated in 1992.  

In 1996, Timah Langat Berhad acquired MNI Sdn Bhd, an insurance company. As part of restructuring plan, PNB merged Timah Langat Berhad with MNI, and changed it's name to MNI Holdings Berhad.

In 2002, MNI Holdings Berhad disposed its non-insurance business to focus its resources on core insurance operations under wholly-owned unit Timah Langat Holdings Sdn Bhd. At least seven subsidiaries have been sold including Delima Industries Sdn Bhd.

So the last owner of Sri Banting is Delima Industries, but the fate of the company is unknown to me until now. And Sri Banting is now up for urgent sale by OCIE, you can visit the site by clicking here.

Sri Banting has been put into an idle status several times starting in the mid 90's after runs uneconomically when the tin price instability strikes.

In 1999, Sri Banting was reactivated. The last known year Sri Banting was in operation is in late year of 2000 just before the mining lease expired.

Selangor state government in early 2000s under Khir Toyo administration only allow sand mining and refuses to renew or grants any new tin mining leases in the state due to ecosystem concerns, lack of land for future developments and the high cost that the state had to spend in land reclamation of a deep ex-mining ponds. And again the tin prices drops in 2002.

If no buyer can be found, it would probably be sold as scrap and that will be the end of Selangor’s tin mining heritage which is a very  tragic!
Sri Banting in 2008. Still looks good. Credit: Riki Lee
Another view of Sri Banting in 2008.Credit Riki Lee
In 2008. Credit:Riki Lee
Sri Banting in 2008. Credit:Riki Lee

Sri Banting maybe around 2007. credit: choopaulo

Again, the Sri Banting maybe in around 2007. credit: choopaulo


Sri Banting lagi, this time little bit afar, maybe in around 2007. credit: choopaulo
Sri Banting view in a distance, pic taken under dilapidated hut, maybe this hut once served as a Tin Shed.  Pic taken maybe in around 2007. credit: choopaulo



At around 2007-2008, Sri Banting still strictly guarded. credit: choopaulo

Look closely at this pic, someone is staring at the cameraman from the Sri Banting's Controlroom. 2008. Pic Credit:Riki Lee

Gated in 2008. Dogs also participated in guarding this dredge in the past. Credit:Riki Lee


Satellite view of Sri Banting taken from Google Earth, 16.02.2004
Combine images from Satellite showing the movements of Sri Banting
taken from Google Earth, in 2004, 2007, 2009 and 2015.
If you wish to get more information about this dredge, visit the nearby Desa Timah Langat and meet the old folks there, a former employees of Timah Langat Berhad. They getting old, not many of them is still alive. But Sri Banting Dredge for them and their families is like a library, stored a thousand stories, memories that they will never be able to forget, sentimental values ​​that can not be bought with ringgit money.

Jusuh


You can read some story and history of former employee at:
http://merahkuning.com/v3/2016/08/09/24-penduduk-desa-timah-langat-terima-notis-5a/